PERSETIAAN PENGAKAP
The Scout Promise
‘Aku janji’ oleh setiap ahli Pengakap untuk berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan.
Apa Itu Persetiaan?
Bertujuan supaya ahli faham, hayati, & praktikkan dalam rutin seharian.
Menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup bersama.
Melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial (JERIS).
Falsafah Persetiaan
-
1
Penzahirannya bukanlah terletak kepada ungkapan perkataan atau lafaz semata-mata.
-
2
Mesti disusuli pemahaman dan perubahan tingkah laku (penghayatan secara terus).
-
3
Kegagalan menghayatinya menyebabkan ahli tersasar dari fungsi & peranan sepatutnya.
Teks Persetiaan Pengakap
"Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia,
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,
akan:"
- 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
- 2. Menolong orang pada setiap masa,
- 3. Menurut Undang-undang Pengakap.
Tafsiran Pengakuan
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Pengakuan dan aku janji untuk melaksanakannya secara tulus ikhlas dari hati.
Berjanji dan Bersetia
Ikrar ahli untuk berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip Persetiaan Pengakap secara berterusan.
Seberapa Daya Upaya
Melaksanakan prinsip-prinsip Persetiaan Pengakap mengikut kemampuan maksimum diri sendiri.
Tafsiran 3 Teras Utama
Pemahaman mendalam mengenai tiga elemen penting dalam ikrar Persetiaan.
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Beragama, mengamalkan tuntutan agama masing-masing, serta menghormati agama dan kepercayaan orang lain.
Taat & patuh kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Wakil-wakil Raja Memerintah.
Menghormati perlembagaan & undang-undang negara, serta menyokong dasar dan polisi kerajaan.
Menolong orang pada setiap masa
Menolong tanpa mengira agama, bangsa, mahupun negara.
Sentiasa membuat kebaikan kepada masyarakat.
Ikhlas dan jujur menabur bakti.
Menyuburkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman awam.
Menurut Undang-undang Pengakap
Setiap ahli Pengakap hendaklah berusaha untuk memahami, menerapkan ke dalam jiwa dan minda, serta melaksanakan secara berterusan dalam kehidupan seharian kesemua ajaran, nasihat dan bimbingan yang terkandung di dalam Undang-undang Pengakap. Ini bertujuan agar setiap ahli memiliki sifat-sifat dan keperibadian terpuji.
Bila Persetiaan Ini Digunakan?
Bila dipanggil "Lafaz"?
Hanya dibenarkan untuk disebut sebagai "Bacaan atau Lafaz Persetiaan" HANYA pada waktu Istiadat Melantik Ahli Baharu (Kanak-kanak, Muda, atau Kelana).
Bila dipanggil "Memperbaharui"?
Bagi acara lain selain pelantikan ahli baharu, ia MESTI dipanggil dan diumumkan sebagai "Memperbaharui Persetiaan Pengakap" (Bukan Lafaz/Bacaan).
Masa & Acara (Waktu)
Istiadat
Mengibarkan Bendera
Istiadat
Meningkat Naik
Istiadat
Menerima Jawatan
Majlis Rasmi
Pengakap
Istiadat
Pengalungan Manikayu
Perkhemahan
Pengakap
Isyarat Pengakap
Maksud 3 Jari
Tiga (3) jari yang ditegakkan lurus ke atas mewakili tiga bahagian dalam Persetiaan Pengakap iaitu:
- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
- Menolong orang pada setiap masa
- Menurut Undang-undang Pengakap
Maksud Ibu Jari & Jari Kelingking
Ibu jari menekan jari kelingking bermaksud: Semua ahli Pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan ia merupakan ingatan yang kuat bahawa yang kuat mesti sentiasa menolong golongan yang lemah.
Kedudukan Tangan
- Angkat tangan kanan rapat ke badan.
- Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas.
- Jika memegang tongkat: Kalih tongkat ke tangan kiri, pastikan tapak tongkat masih berada di sebelah kaki kanan.
- Penggunaan bahasa isyarat dibenarkan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).
Cara Melafazkan Persetiaan
Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan, tegakkan tiga jari tengah, dan angkat tangan kanan rapat di sisi paras bahu.