logo pengakap putih

PENGAKAP MALAYSIA

"Membina Insan, Memimpin Masa Depan"

"Disiplin bentuk peribadi, bakti ukir legasi"

KEAHLIAN DALAM WOSM

Ahli Penuh WOSM

Pada 1 September 1957, Federation of Malaya Boy Scouts Association atau sekarang dikenali dengan nama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) diterima menjadi ahli penuh World Organization of the Scout Movement (WOSM), sekaligus mengangkat nama Malaysia ke pentas kepengakapan antarabangsa.

100 TAHUN PENUBUHAN

Tahun 2007, menjadi satu lagi tonggak penting apabila Pengakap Malaysia menyambut ulang tahun ke-100, menandakan satu abad perjuangan yang penuh dengan kejayaan, kegemilangan dan dedikasi dalam membentuk generasi muda berdisiplin serta berwawasan.

Pergerakan Terbesar Dunia

Sebagai pergerakan belia terbesar di dunia, Persekutuan Pengakap Malaysia kekal sebagai satu-satunya badan kepengakapan di negara ini yang diiktiraf secara rasmi oleh WOSM. Hingga kini, PPM terus komited melahirkan generasi muda yang cemerlang melalui program kepengakapan yang dinamik, inklusif dan selaras dengan tuntutan zaman.

Sijil Pengiktirafan WOSM

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar dalam memperkasa pergerakan Pengakap sejagat, dua sijil pengiktirafan antarabangsa telah dianugerahkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penganugerahan ini menjadi bukti jelas bahawa usaha dan perjuangan kepengakapan di Malaysia turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

SIJIL 1957

 Sijil pendaftaran Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu dengan Badan Pengakap Sedunia bertarikh 1 September 1957.

sijil 100 tahun

Persekutuan Pengakap Malaysia, yang ditubuhkan pada 1908 di Pulau Pinang menerima Diploma 100 Tahun penubuhan pada 2008 di Brazil.

Scroll to Top