Di tengah: Jeneral Robert Baden-Powell semasa Imperial Jamboree di Olympia, London pada tahun 1924. Kredit: Getty Images.
Lahir di Paddington, London (United Kingdom)
Nama sebenar Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (B-P)
Ayahnya Profesor Reverend HG B.Powell, pensyarah di
University Oxford, England
B-P mempunyai 7 orang adik-beradik
B-P mula berkhidmat dalam pasukan tentera
British, berpangkat Leftenan Muda dalam batalion ke-13 Hussars in Lucknow,
India
Selepas perang Boer, B-P menjadi Ketua Pasukan
Polis Afrika Selatan.
Pergolakan di India dan Afrika membuatkan dia
terfikir untuk membina kegiatan luar dan kemahiran memerhati.
Semasa berkhidmat di Mafeking (Afrika), B-P
menggunakan khidmat budak-budak sebagai penyampai berita dan pesanan semasa
Mafeking diserang.
Diisytiharkan sebagai wira kerana berjaya
mempertahankan Bandar Mafeking semasa Perang Boer dan telah dinaikkan pangkat
kepada Mejar Jeneral oleh Ratu Victoria.
Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,
meninggalkan kesan yang mendalam kepada B-P.
Mengendalikan perkhemahan percubaan selama tujuh
hari yang disertai oleh 20 orang budak lelaki di Pulau Brownsea, Dorset,
England
Hasil dan pengalaman daripada perkhemahan itu,
pada tahun 1908, B-P mengarang buku “Scouting for Boys”.
Bersara daripada tentera
British dengan pangkat Leftenan Jeneral dan menumpukan sepenuh perhatian kepada
Pergerakan Pengakap.
Berkahwin dengan Olave St
Clair Soames dan kemudiannya dikurniakan tiga orang anak — Arthur, Heather dan
Betty.
Memulakan Pusat Latihan
Gilwell Park untuk Pemimpin Pengakap di London, England.
Diiktiraf sebagai Ketua Pengakap Sedunia semasa
Jambori Pengakap Dunia Pertama di London, England.
Pergerakan Pengakap berkembang di seluruh dunia
kecuali di negara anutan komunisme.
Cadangan dan pengalaman B-P yang dimuatkan di
dalam buku itu, dimanfaatkan oleh ramai anak muda yang memberi peluang kepada
mereka untuk menyertai pelbagai kegiatan dalam memajukan diri sendiri.
Merasmikan Chalet Pengakap Antarabangsa
di Kandersteg, Switzerland (kini dikenali sebagai Pusat Pengakap
Antarabangsa Kandersteg).
Dikurniakan gelaran Lord
Baden-Powell, Baron Pertama Gilwell, oleh Raja George V.
Membina dan menetap kediamannya
di Paxtu Cottage, yang terletak di Nyeri, Kenya.
Baden-Powell meninggal
dunia pada 8 Januari 1941 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan St. Peter, Nyeri,
Kenya.