UNDANG-UNDANG PENGAKAP
The Scout Law
10 nilai murni yang memandu setiap ahli Pengakap ke arah pembentukan peribadi dan sahsiah yang cemerlang.
Perkataan & Perbuatan
Tafsiran Terperinci
Menghayati maksud dan objektif sebenar di sebalik setiap baris undang-undang kepengakapan.
Dipercayai
"Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya."
5 Ciri-Ciri Dipercayai:
Melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai amanah & penghormatan.
Melambangkan kejujuran, keyakinan dan integriti diri.
Mengamalkan prinsip agama dan moral dalam tingkah laku.
Mengamalkan nilai murni sebagai jati diri yang membanggakan.
Menghindari tingkah laku negatif (berbohong, pentingkan diri, tidak amanah, ponteng tugas).
Taat
"Pengakap adalah seorang yang taat kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Pemimpin Pengakap, ibu bapa, majikan, dan orang bawahan."
Situasi Menunjukkan Ketaatan:
Berdiri tegak lagu rasmi, patuh adat istiadat istana.
Menyenangi, menyayangi dan menghormati keluarga.
Komunikasi sopan dan mematuhi arahan pemimpin.
Khidmat jujur, tekun, dedikasi & patuh peraturan.
Menghormati orang bawahan, beri galakan/motivasi serta menjaga kebajikan mereka.
Berguna
"Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa."
Memperlengkap diri dengan ilmu & kemahiran yang boleh membantu orang lain ke arah kebaikan.
Berjasa menjaga nama baik keluarga, mengeratkan hubungan & jalankan urusan harian.
Bertanggungjawab menyumbang kepada keharmonian negara melalui aktiviti amal dan gotong-royong.
Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, menghormati pemimpin & orang lebih tua.
Bersaudara
"Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada ahli Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun."
Memahami latar belakang ahli lain dan menjadi sahabat di peringkat dunia.
Sikap mesra & sesuai diri mengikut tempat dan masa dengan semua lapisan.
Mengetahui undang-undang kesejagatan bagi menjalin hubungan antarabangsa.
Memahami semangat kejiranan dan budaya perpaduan demi keharmonian negara.
Berbudi
"Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi."
Nilai yang sesuai & diterima masyarakat meliputi tingkah laku, pertuturan, dan keterbukaan menerima pendapat orang lain.
Tingkah laku yang disenangi (lemah lembut, sopan santun, saling menghormati, tulus ikhlas, pemurah, dan penyayang).
Kasihkan Haiwan
"Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala haiwan."
Amalan Kasih Kepada Haiwan:
Menurut Perintah
"Pengakap sentiasa menurut perintah ibu bapa, Ketua Patrol, atau Pemimpinnya dengan tiada apa-apa soalan."
Menurut perintah haruslah dilaksanakan secara ikhlas, bukan disebabkan paksaan.
Jika arahan kurang jelas, rujuk semula (bertanya) untuk memastikan ia tepat dan dapat dijayakan.
Mempunyai minda yang terbuka dan kreatif dalam melaksanakan sebarang bentuk tugasan.
Tabah Hati
"Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya walaupun semasa kesusahan."
Kesusahan yang dialami tidak perlu dihebahkan atau didedahkan kepada umum.
Cerminan keikhlasan dan elemen pemula komunikasi yang sangat sihat.
Sabar membantu individu mengatasi masalah secara rasional dan lebih matang.
Berjimat
"Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat."
Jimat
Tidak hanya tertumpu pada wang semata-mata. Ia melibatkan penggunaan harta benda, masa, dan tenaga kerja supaya dapat mengelakkan dari sebarang bentuk pembaziran.
Cermat
Sikap berhati-hati, sangat teliti, dan sentiasa memberi keutamaan keselamatan dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau semasa mengendalikan harta benda.
Suci Fikiran,
Perkataan,
Perbuatan
"Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya, dan perbuatannya."
Niat yang bersih dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab. Penuh kerelaan hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Pemilihan kosa kata dan susunan ayat yang bertatasusila. Sentiasa gunakan perkataan yang membina semangat, galakan dan pujian.
Tingkah laku terpuji yang seiring dengan pemikiran dan lisan. Ia membentuk kemajuan selaras dengan wawasan negara.
Rumusan Undang-Undang
"Kesemua 10 perkara dalam Undang-undang Pengakap ini merupakan himpunan nilai-nilai murni yang wajib difahami, dihayati, dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian untuk pembangunan diri sendiri serta kemenjadian ahli Pengakap secara menyeluruh."