logo pengakap putih

PENGAKAP MALAYSIA

"Membina Insan, Memimpin Masa Depan"

"Disiplin bentuk peribadi, bakti ukir legasi"

BAHAGIAN DAN JAWATANKUASA

Bahagian dan Jawatankuasa PPM ditubuhkan bagi mempertingkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan tadbir urus organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui pembahagian tanggungjawab yang jelas, pengkhususan fungsi serta penyelarasan strategik antara peringkat kepimpinan kebangsaan, negeri dan daerah.

Penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan untuk:

  • Menyokong visi dan misi PPM dalam membangunkan generasi muda yang berdisiplin, berkemahiran dan berjiwa sukarelawan.
  • Menjamin pelaksanaan dasar dan program organisasi selaras dengan perlembagaan, undang-undang serta piawaian antarabangsa Pengakap (WOSM).
  • Mewujudkan sistem pemantauan dan kawalan dalaman bagi memastikan akauntabiliti serta ketelusan dalam setiap urusan pentadbiran, kewangan dan operasi.
  • Memperkukuh kolaborasi antara kepimpinan dan ahli Pengakap, ke arah pencapaian matlamat strategik PPM di peringkat nasional dan global.

Bahagian dan Jawatankuasa di bawah Ketua Pengakap Negara

Nama:

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan


Tujuan:

Memastikan pengurusan kewangan PPM dijalankan dengan telus, berintegriti, dan mengikut dasar serta piawaian perakaunan yang sah.


Fungsi Utama:

      • Merangka bajet tahunan dan memantau aliran tunai.
      • Menilai dan meluluskan perbelanjaan besar atau khas.
      • Menyediakan laporan kewangan berkala kepada Majlis Tertinggi.
      • Menyelia kutipan yuran dan sumbangan.

Nama:

Jawatankuasa Pengurusan Aset & Hartanah 


Tujuan:

Menjaga, menilai dan memaksimumkan nilai aset tetap dan hartanah PPM.


Fungsi Utama:

    • Menyediakan inventori lengkap aset PPM.
    • Menyelia penyelenggaraan, sewaan dan pemilikan hartanah.
    • Mengkaji cadangan pembangunan tanah dan bangunan PPM.
    • Mengurus pelupusan aset mengikut prosedur.

Nama:

Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur


Tujuan:

Menyelia semua projek pembangunan fizikal dan kemudahan infrastruktur Pengakap.


Fungsi Utama:

      • Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur baharu.
      • Memantau kualiti dan kemajuan projek.
      • Menyediakan laporan teknikal kepada KPN.
      • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta berkaitan.

Nama:

Jawatankuasa Perlembagaan & Perundangan


Tujuan:

Memastikan segala aktiviti dan keputusan organisasi mematuhi Perlembagaan PPM serta undang-undang negara.


Fungsi Utama:

        • Menyemak dan mencadang pindaan perlembagaan.
        • Memberi nasihat perundangan kepada PPM.
        • Menyelia urusan disiplin dan tatatertib organisasi.
        • Menangani isu pertikaian atau aduan rasmi.

Nama:

Jawatankuasa Keselamatan & Integriti


Tujuan:

Menjamin keselamatan fizikal, aset, dan reputasi organisasi melalui budaya integriti dan tatakelakuan.


Fungsi Utama:

        • Menyediakan dasar keselamatan aktiviti dan program.
        • Menangani pelanggaran etika dan integriti.
        • Menjalankan siasatan dalaman jika perlu.
        • Mengadakan latihan keselamatan dan integriti berkala.

Nama:

Jawatankuasa Audit


Tujuan:

Menjalankan audit bebas terhadap kewangan, aset, dan operasi organisasi.


Fungsi Utama:

          • Menilai keberkesanan sistem kawalan dalaman.
          • Mengemukakan laporan audit kepada KPN.
          • Memberi syor penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan.
          • Memantau tindakan susulan hasil audit.

Nama:

Jawatankuasa Risiko & Bencana


Tujuan:

Menilai, memantau dan mengurus risiko termasuk bencana alam atau krisis organisasi.


Fungsi Utama:

            • Menyediakan pelan pengurusan risiko PPM.
            • Menyelia latihan kecemasan dan kesiapsiagaan.
            • Menangani insiden bencana di peringkat nasional.
            • Bekerjasama dengan agensi keselamatan dan penyelamat.

Nama:

Jawatankuasa Pemilihan & Pencalonan


Tujuan:

Menilai dan mencalonkan individu untuk jawatan penting dalam struktur PPM.


Fungsi Utama:

              • Menetapkan kriteria pemilihan berdasarkan merit dan sumbangan.
              • Menyemak pencalonan dari peringkat negeri.
              • Menjalankan proses pemilihan dengan telus.
              • Menyediakan laporan calon kepada KPN untuk kelulusan akhir.

Nama:

Jawatankuasa Resolusi


Tujuan:

Mengurus dan meneliti semua usul dan resolusi daripada mesyuarat agung, konvensyen atau persidangan PPM dan WOSM-APR.



Fungsi Utama:

                • Menilai kesesuaian dan impak usul.
                • Merangka tindakan susulan bagi resolusi diluluskan.
                • Melapor kemajuan pelaksanaan kepada KPN.

Nama:

Jawatankuasa Kecil Anugerah, Bintang & Pingat


Tujuan:

Menilai, memilih dan mencadangkan penerima anugerah, bintang dan pingat PPM kepada pemimpin yang berkelayakan dan pingat berstatus kehormat.



Fungsi Utama:

                  • Menetapkan kriteria dan garis panduan penganugerahan.
                  • Menilai pencalonan yang diterima dari semua peringkat.
                  • Memastikan keadilan dan ketelusan dalam pemilihan.

Nama:

Jawatankuasa Kecil Uniform


Tujuan:

Menstandardkan pakaian seragam Pengakap Malaysia mengikut garis panduan rasmi dan tatacara pemakaian uniform yang dikeluarkan oleh PPM.



Fungsi Utama:

                    • Menentukan spesifikasi dan reka bentuk uniform rasmi.
                    • Menyemak kelulusan penggunaan lencana atau insignia baharu.
                    • Menjalankan pemantauan pematuhan etika berpakaian.

Nama:

Akademi Pengakap Negara


Tujuan:

Menubuhkan, menyelia dan membangunkan Akademi Pengakap Negara (APN) sebagai pusat latihan, penyelidikan dan pembangunan profesional bagi semua lapisan kepimpinan dan ahli Pengakap atau orang awam di Malaysia.


Fungsi Utama:

                  • Merangka dasar dan struktur operasi APN, termasuk kurikulum, modul latihan dan program pembangunan kepimpinan.
                  • Menyelaras pelaksanaan latihan lanjutan dan pensijilan profesional untuk pemimpin Pengakap di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kumpulan.
                  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, agensi kerajaan dan badan antarabangsa bagi memperkukuh peranan akademi.
                  • Menjadi pusat rujukan ilmu Pengakap, penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan bukan formal, keusahawanan sosial dan khidmat masyarakat.
                  • Menyediakan laporan tahunan dan cadangan penambahbaikan kepada Ketua Pengakap Negara bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program akademi.

Bahagian dan Jawatankuasa di bawah Ketua Pesuruhajaya Pengakap Negara

Nama:

Bahagian Antarabangsa


Tujuan:

Menyelaras hubungan dan penyertaan antarabangsa PPM dalam aktiviti WOSM dan badan Pengakap serantau.


Fungsi Utama:

·        Menyertai forum, jambori, dan pertemuan antarabangsa.

·        Mengurus urusan pertukaran delegasi dan hubungan diplomatik.

·        Memantau program rakan pengakap luar negara.

Nama:

Pasukan Latihan Negara


Tujuan:

Membangunkan sistem latihan Pengakap yang berstruktur dan berkualiti.


Fungsi Utama:

    • ·        Merancang modul latihan pemimpin dan ahli.

      ·        Menyelia kursus kepimpinan Manikayu dan latihan khas.

      ·        Menilai prestasi dan keperluan latihan peringkat negeri.

Nama:

Jawatankuasa Program Negara


Tujuan:

Menentukan halatuju program keahlian dan aktiviti Pengakap di semua peringkat umur.


Fungsi Utama:

      • ·        Merancang takwim aktiviti kebangsaan.

        ·        Menyelia pelaksanaan program Pengakap Lebah, Kanak-Kanak, Muda, Remaja dan Kelana.

        ·        Menilai keberkesanan aktiviti tahunan.

Nama:

Jawatankuasa Pengurusan & Tadbir Urus Kebangsaan


Tujuan:

Memastikan sistem pentadbiran dan tadbir urus organisasi berjalan cekap dan patuh piawaian.


Fungsi Utama:

        • Menyelia dan menambah baik kerangka tadbir urus PPM, termasuk struktur organisasi, mandat jawatankuasa, serta garis akauntabiliti.

          ·    Memastikan semua dasar dan keputusan organisasi mematuhi Perlembagaan PPM dan prinsip Good Governance in Scouting seperti ketelusan, akauntabiliti, integriti dan penyertaan.

          ·  Menyemak dan menilai pematuhan di peringkat negeri dan daerah terhadap dasar serta polisi kebangsaan, dan melaporkan kepada Majlis Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN).

          ·  Mengurus dan memantau audit tadbir urus serta etika organisasi, termasuk penyiasatan terhadap pelanggaran polisi dan konflik kepentingan.

Nama:

Jawatankuasa COMSTAR Kebangsaan


Tujuan:

Mengurus program komunikasi dan perhubungan masyarakat (COMSTAR) dalam konteks pembangunan komuniti.

Mengurus program komunikasi dan perhubungan masyarakat (COMSTAR) dalam konteks pembangunan komuniti.

Fungsi Utama:

        • ·        Mengkoordinasi aktiviti khidmat masyarakat dan sukarelawan.

          ·        Meningkatkan imej PPM sebagai organisasi kemasyarakatan aktif.

          ·        Menyediakan laporan impak sosial tahunan.

Nama:

Jawatankuasa Adult in Scouting Kebangsaan


Tujuan:

Mengurus dan memperkasa pembangunan anggota dewasa dalam pergerakan pengakap berdasarkan Adults in Scouting (AiS) Lifecycle, selaras dengan garis panduan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM).


Fungsi Utama:

          • · Menyelaras pelaksanaan AiS Lifecycle, meliputi perancangan, perekrutan, latihan, penempatan, pembangunan kerjaya, penilaian prestasi dan pengiktirafan anggota dewasa.

            ·   Menggubal dan menyemak dasar serta garis panduan pembangunan anggota dewasa (AiS Policy) bagi memastikan keseragaman dan keberkesanan pelaksanaan di semua peringkat.

            ·     Menyelia pelaksanaan Skim Latihan Pemimpin dan memastikan kecekapan serta kelayakan pemimpin pengakap di seluruh negara.

            · Menyediakan dan menyelenggara pangkalan data kebangsaan pemimpin dewasa bagi tujuan pemantauan, penempatan dan pengiktirafan.

            · Membangunkan strategi retention dan succession planning untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dan kualiti tenaga penggerak dalam organisasi Pengakap.

Nama:

Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kebangsaan


Tujuan:

Menyelia pembangunan dan penyelenggaraan sistem ICT dan digitalisasi PPM.


Fungsi Utama:

            • ·        Mengurus portal rasmi, pangkalan data keahlian dan LMS (seperti Moodle).

              ·        Membangunkan aplikasi dan sistem e-pengurusan.

              ·        Menjamin keselamatan siber dan sandaran data.

Nama:

Jawatankuasa Keterlibatan Belia


Tujuan:

Menggalakkan penglibatan aktif belia dalam kepimpinan dan pembangunan organisasi.



Fungsi Utama:

              • ·        Menyelia Youth Forum dan program kepimpinan belia.

                ·        Menyediakan ruang penyertaan belia dalam peringkat dasar.

                ·        Menggalakkan sukarelawan belia di peringkat antarabangsa.

Nama:

Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan


Tujuan:

Mengurus dan menyelaras semua aktiviti dan latihan Pengakap Laut Malaysia.


Fungsi Utama:

                • ·        Merancang program maritim, keselamatan air, dan navigasi.

                  ·        Menyelia latihan teknikal dan pensijilan.

                  ·        Bekerjasama dengan agensi maritim negara.

Nama:

Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan


Tujuan:

Mengurus aktiviti berkaitan Pengakap Udara, aeromodelling dan pendidikan aeroangkasa dalam Pengakap.


Fungsi Utama:

                  • ·        Menjalankan latihan asas  dan keselamatan udara.

                    ·        Menjalin kerjasama dengan institusi penerbangan.

                    ·        Menganjurkan program aeronautik tahunan.

Nama:

Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan


Tujuan:

Mengurus program pembangunan kepimpinan dan komuniti bagi ahli Pengakap Kelana.


Fungsi Utama:

                    • ·        Menyelia aktiviti dan khidmat Pengakap Kelana.

                      ·        Menyediakan peluang pembangunan kepimpinan.

                      ·        Menilai keberkesanan program Kelana di peringkat kebangsaan dan negeri.

Nama:

Bahagian Tugas-Tugas Khas


Tujuan:

Menubuhkan, menyelia dan membangunkan ........


Fungsi Utama:


Scroll to Top