SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
Evolusi Lambang Pengakap Malaysia
Garis Masa Pergerakan Pengakap di Malaysia
q Pasukan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang.
q Hasil usaha F. C. Sands dari Britain, yang juga menubuhkan Pengakap di Singapura.
Perbarisan peserta Jambori Pengakap Malaysia pertama di Kem Jubli, Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 1966.
Ketua Pengakap Komanwel, Lord Maclean beramah mesra dengan Pengurus Lapangan Terbang B. E. Webber semasa lawatan beliau ke Pulau Pinang pada tahun 1964
Peserta Kursus Ketua Patrol di Castle Camp, Kuala Lumpur (dahulunya adalah Selangor).
q Pasukan percubaan ditubuhkan di Selangor.
q Pasukan Anak Serigala ditubuhkan dan dipimpin oleh H. C. Chan dari Victoria Institution (1918).
Transkrip daripada Mr. Bennett E. Shaw Berkenaan pengesahan penubuhan Pergerakan Pengakap Selangor Bertarikh 13 Oktober 1910.
q Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Sabah dan Sarawak oleh Mubaligh Thomas Cecil Alexander dari Britain.
Transkrip daripada Mubaligh Thomas Cecil Alexander Berkenaan pengesahan penubuhan Pergerakan Pengakap Sarawak Bertarikh 22 November 1913.
Ketua Pengakap Negara, Dato’ Sardon Jubir (dua dari kanan) disambut oleh Pemimpin Pengakap semasa lawatan ke Tapak Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Kedah.
q Pergerakan Pengakap Kedah ditubuhkan atas inisiatif E. C. Hicks, E. A. G. Stuart, R. P. S. Walker dan C. W. Bloomfield.
q Encik Ameen Akbar memperkenalkan Pengakap di sekolah-sekolah Melayu sekitar Kuala Lumpur.
q Pergerakan Pengakap Negeri Sembilan oleh Bird dan Roger Smith.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman diiringi Pemimpin Kumpulan Ke-3 Seremban, dikenali ramai dengan panggilan Mr. Lee, mencuba tangga yang dibina oleh ahli Pengakap
q Pergerakan Pengakap Melaka ditubuhkan oleh R. Brunston
Ketua Pengakap Negara, Dato’ Sardon Jubir (tengah), diiringi Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka Tawi Yaakub (kiri) dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka, Chin Thian Soo memeriksa perbarisan hormat bersempena perasmian Jambori Pengakap Malaysia ke-2 di Kem Ayer Keroh, Melaka dari 29 Julai hingga 4 Ogos 1970
q Encik Ameen Akbar menubuhkan bahagian Pengakap Kelana di Selangor.
q Pergerakan Pengakap Perak ditubuhkan oleh Wheeler di Malay College Kuala Kangsar, Perak
.
.
q Pergerakan Pengakap Terengganu oleh A. J. Gracie.
Tuanku Mizan Zainal Abidin (berdiri, lima dari kiri) bersama kumpulan Pengakap Kelana Laut A Daerah Kuala Terengganu dan Pengakap Laut Kumpulan 01 Kuala Terengganu dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.
q Pergerakan Pengakap Pahang ditubuhkan oleh G. M. Laidlaw dan dikembangkan oleh L. R. Wheeler serta Frisby dari Pejabat Pendidikan Pahang.
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah melawat tapak perkhemahan Jambori Pengakap Pahang pada 15 Februari 1982.
q Pergerakan Pengakap Kelantan dimulakan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan dibantu oleh YM Tengku Mahmood Mahyiddin dan H.R. Care
Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra diiringi Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohamad Yaakob ketika keberangkatan tiba baginda untuk merasmikan Jambori Pengakap Malaysia Ke-5 dan Asia Pasifik Ke-7 pada 11 April 1982.
q Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Johor oleh Cheeseman.
q Pergerakan Pengakap
Perlis ditubuhkan oleh Bird dan Roger Smith.
Kontinjen Malaysia yang menyertai Jambori Australia ke-8.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Tanah Melayu E.M.F. Payne (memegang tongkat) dan Pesuruhjaya Tinggi British, merangkap Ketua Pengakap Negara Sir Donald McGillivray pada satu program di Castle Camp, Jalan Padang Tembak (kini, Jalan Semarak), Kuala Lumpur.
q Pergerakan Pengakap Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan menjadi dua cawangan daripada Persatuan Budak-Budak Pengakap Britain.
q Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1
September 1957.
Ketua Pengakap Negara Sir Jen. Gerald Walter Robert Templer meletakkan batu asas BP House di Jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur pada 16 Mei 1954. Beliau juga adalah Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
q Berikutan pembentukan Malaysia, Persatuan Pengakap Singapura, Sabah dan Sarawak tidak lagi di bawah Britain.
q Persekutuan Pengakap
Malaysia ditubuhkan pada November 1964 dengan Singapura, Sabah dan Sarawak
sebagai cawangan.
Ahli delegasi yang menyertai persidangan meja bulat di B-P House, Jalan Davidson (kini Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur pada 1964.
q Akta No. 38 Tahun 1968 (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia diluluskan.
q Undang-Undang yang berikut dimansuhkan:-
§ Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap 1953 Tanah Melayu;
§ Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sabah; dan
§ Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sarawak.
q PPM Negeri Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 27 Februari 1983 sejajar dengan
penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974.
Surat Pengisytiharan Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Surat Pengisytiharan Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
q PPM Negeri Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan pada 2 Februari 1985 sejajar dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 April 1984.